Maahad Johor nama mu
Ya Mahadi,Ya Mahadi..
Sebaris rangkap lirik,yang pasti dikenali,mungkin juga pernah dialunkan oleh sesiapa jua yang pernah menuntut di sekolah barakah ini.
''Maahad Johor''
Ya,nama mu tersemat indah dalam sanubari,..Pusat mendidik jiwa rohani,pemantapan akidah dan tempat yang penuh dengan ilmu ukhrawi.
Penulis merupakan salah seorang dari bekas pelajar Maahad Johor,Jalan Gertak Merah ini.Sebagai perkongsian pengalaman,saya menuntut di maahad ini pada tahun 2017 dan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) disana.
Terletak di Johor Bahru,bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar.Tempat lahirnya ramai ulama dan insan-insan mulia dari maahad ini.Merupakan antara sekolah agama terbaik dalam negeri Johor Darul Takzim.
Kepada sesiapa pelajar yang ingin memulakan hidup baru dengan terbiah dan didikan ukhrawi yang terbaik,Maahad Johor adalah antara pilihan tepat.Kini maahad Johor bukan sahaja mempunyai pelajar aliran tahfiz dan STAM sahaja,kini maahad johor juga telah membuka peluang untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga 5 disana.
Maahad Johor atau juga dipanggil MJ,merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi ulama dan para asatizah yang tinggi ilmunya,Mereka juga sering berpeluang mendampingi guru-guru mereka ,belajar dan bertalaqi kitab.
Antara pengalaman menarik yang pernah penulis alami adalah,semestinya ukhwah yang sukar didapati ditempat lain.Berpeluang mengeratkan silaturaahim dengan sahabat-sahabat dari serata sekolah agama yang lain dan lebih hebat dari segi ilmu mereka.Masyallah,penulis sendiri sangatlah kerdil jika dibangdingkan dengan mereka.Ada dari kalangan tahfiz 30 juzuk dan berlatar belakangkan agama yang sangat kuat.
Pelajar-pelajar yang mendapat Mumtaz sofi/10 A dalam
sijil tinggi agama Malaysia STAM
"Berapa ramaikah dari golongan ilmuan yang keluar dari sini?'
Juga antara maksud dari salah satu rangkap lirik dari lagu rasmi Maahad ini.
Terlalu ramai antara mereka,bertaburan di muka bumi ini menuruskan rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. Membawa panji dan cahaya semata-mata untuk mempertahankan agama yang mulia ini.
Itulah mereka, Dai,,..
Tidak dilupa juga,para asatizah yang sangatlah hebat dan penuh dengan kasih sayang terhadap pelajar-pelajar mereka.Sentiasa memberikan yang terbaik dan bermakna buat anak-anak didik mereka.Tanpa guru,siapalah kita hari ini?
Sedikit sahaja buat minum petang hari.Hanya pengenalan tentang Maahad Johor sahaja ye..saya berundur diri dahaulu...sekian : )
by :akhi hamka
: Muhammad Syafiq Bin Mohd Asbullah
Comments
Post a Comment